Posts

Showing posts from 2012

Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT 2013

Assalamualikum Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013. Pembelian Nombor Pin UPU Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada   7  januari – 15 April 2013 . Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti. Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf. Golongan yang boleh memohon Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nanti adalah

Hari 'Asyura

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah SAW telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamatnya Musa dan pengikutnya. (9) Lemasnya Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa ke langit. (12) Diangkat Nabi Idris ke langit. (13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di

Bila cinta di dusta

Image
Assalamualaikum Bila minda tidak mampu berfikiran rasional & emosi buruk yang mengawal perilaku manusia,   Maka.... Manusia hilang arah & pedoman untuk mencari CINTA yang Maha Esa. #Sila jaga wanita yang menjadi tanggungjawab anda. #Sharing, Caring, Loving #Kredit: Oh!Media

Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM

Assalamualaikum. Alhamdulillah, Akhirnya Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM dapat dilansungkan dengan Jayanya pada 23/09/2012 di Klinik Kaunseling Assyafi. Program kali ini berbentuk Kelompok dan memfokuskan pada keperluan pelajar selepas PMR dan SPM nanti. Kami hanya mengehadkan peserta seramai 10 orang sahaja. Antara slot yang dikongsikan dengan pelajar adalah membangunkan potensi diri dan mencungkil kemahiran yang mereka sendiri tidak tahu. Didalam modul ini, pelajar membuat Analisis diri berdasarkan Inventori yang diberi.  Alhamdulillah, kesemua mereka sangat berpuas hati kerana sudah jelas Halatuju mereka selepas ini. Jika mereka seorang pelajar yang bersifat Realistik, maka mungkin halatuju mereka ke arah Pembelajaran cara Vokasional (Bekerja dengan Alatan). Disamping itu, kami kongsikan dengan contoh-contoh Usahawan yang berjaya dalam Bidang Kemahiran. Selepas PMR mereka akan mudah membuat Pilihan samada ke Kolej Vokasional atau Aliran Akademik (Sastera ata

Menerima kunjungan Dr. Suzyanna

Image
Bismillah... Alhamdulillah, pada 5 ogos 2012 yang lalu Allah takdirkan jua pertemuan antara kami. Terima kasih tak terhingga kepada Dr.Suzyanna Othman yang memilih kami,  Klinik Kaunseling Assyafi sebagai tempat rujukan dan kajian mengenai cara dan teknik pengendalian sesi kaunseling. Pertemuan ini adalah sebahagian daripada kajian kes yang perlu dilakukan oleh beliau sebagai pelajar Diploma Eksekutif Kaunseling, Universiti Malaya. Fokus utama pertemuan ini sudah tentu mengenai kaunseling. Ianya sebagai perkongsian pengalaman di antara kaunselor, Tuan Hj Zailan Wagimin dan Dr. Suzyanna. Biarpun Dr. Suzyanna daripada aliran perubatan semasa Ijazah pertamanya, namun, minat yang mendalam, keinginan dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Ilmu psikologi dan Kaunseling ini membawa beliau untuk terus belajar di bidang kaunseling. Beberapa teknik kaunseling yang telah kaunselor kami kongsikan bersama beliau. Antaranya teknik biasa yang digunakan adalah daripada teori yang telah

Bila berpeluang berdakwah, Usah sesekali abaikannya...

Image
Daripada Aisyah r.ha, Nabi s.a.w bersabda:  "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara" Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berusaha menunaikan HAJAT saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesalahan yang menimpa seseorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukkan seseorang Muslim, Allah akan menutup keburukkannya pada hari kiamat" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Bicara Kaunselor - Perkahwinan itu Indah

Image
Single itu Indah, Nikah itu Barokah ^_^" Ada dikalangan kita cepat jodohnya. Ada pula sangat lambat jodohnya. Namun, adakalanya ajal pula menjemputnya dahulu. Tetapi, Allah tetap menyediakan jodohnya di Alam Akhirat.  Cinta itu memang indah. Yang merosakkannya adalah manusia yang tidak bijak menghargai Cinta tatkala Cinta itu hadir. Lihatlah Cinta dalam Hati pasangan kita :) Soseh-soseh : Orang yang belum kahwin kata: "Bila agaknya aku nak kahwin ni?" (O.o) Orang yang dah bertunang   kata : "Hmm... Dah tak lama lagi ni......" (nak kahwin) (^_^) Orang yang baru berkahwin  kata : "Ruginya aku tak kahwin awal-awal dulu". (-_-") Orang yang dah setahun kahwin  kata : "Bila nak dapat baby ni?". Isteri menyampuk: "Nak gegirl" LOL. Isteri yang dah dapat baby kata : "Huh! Cukuplah.. tak tahan mengandung." (Tahu-tahu je tahun depan ada baby baru lagi. :) -------->>>> "Dan

Tazkirah Ramadhan oleh Haji Zailan Wagimin

Image
Arus masa berlalu dan terus berlalu. Yang lepas, tak dapat di ulang kembali.  Moga kita semua istiqamah dalam amalan di bulan ini dan bulan-bulan seterusnya. Salam Ramadhan! Osem :)

Ramadhan Bulan Berkat

Image
Kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :) Tingkatkan Prestasi Ibadah, Tutupi Dosa Yang Sudah!  Jom, dengarkan lagu kumpulan Hijjaz ni.

Anak tikam ibu dan bapa hingga mati

SANDAKAN: Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini, malam tadi. Dalam kejadian 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.  Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.   Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.   "Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya di sini hari ini.   Rowell berkata, dari laporan awal yang diterima, lelaki itu dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.   Katanya, lelaki itu ingin berbua

Penduduk lancar kempen berpakaian sopan

Image
ABU DHABI – Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini. Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE. “Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam,” katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran. “Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu,” katanya. Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Ray

Teori Kaunseling : Terapi Realiti

Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965.  Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology . Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam erti kata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.  Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat. Konsep Utama Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori

Saat diri di uji :')

Image
1)Kenapa aku diuji Ya Allah... Aku kan dah beriman dan taat kepadaMu.. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.  (Surah Al-Ankabut : 2-3) 2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan ? Apa yang aku nak tak dapat, apa yang tidak ku pinta, itulah yang ku dapat ... Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.  (Surah Al-Baqarah : 216) 3) Ya Allah, kadang-kadang aku kecewa Ya Allah... aku ini lemah Ya Allah... Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu

Beban tugas : Guru terdedah risiko penyakit kritikal

Image

Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Para Pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK) kerana sudi untuk menjalankan Sesi Pemerhatian di Klinik Kaunseling Assyafi   bersama Kaunselor kami. Sesi Pemerhatian ini adalah untuk memenuhi sebahagian syarat kursus mereka sebelum pelajar menjalani Praktikum. Mereka telah menemubual Kaunselor Mohamad Fuad Mohd Ali untuk meninjau tugas - tugas dan peranan seorang kaunselor, struktur organisasi, kes - kes yang pernah dikendalikan, aktiviti dan program yang pernah dikendalikan bersama dengan EQ SuTRA Training & Consultancy . Sesi ini adalah sebagai asas pengayaan pengalaman pelajar sebelum mereka menjadi Kaunselor Pelatih pada semester yang akan datang. Pelajar yang terlibat adalah:- Nurul Hayati Suffiatunadia Sharifah Nuraishah Fiona Jueng Freedy anak Mija Kami berharap kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. InshaAllah. Kami mendoaka

How to Get out of a Depression

Image
You're depressed for whatever reason, you're tired of coping, and you want to get out. Getting back on track can often appear impossible, but with the right attitude, you can recover,as long as you know how. However, bear in mind that depression is commonly a symptom of a medical condition, such as mineral deficiencies ( magnesium  deficiency is quite common), hypothyroidism/hyperthyroidism, vitamin deficiencies and more. Chronic overdosing on sugar is now being recognized as a major factor in depression.  If this is the case for you, whatever you try is simply not going to cure your depression except from addressing that condition itself.  If your depression shows no improvement over time, it's very likely caused by a medical condition. Always consult your doctor and do your research online! If you are deficient in vitamins/minerals, a daily multi-vitamin could do miracles with your mood. Have the will to get out . Many people remain depressed simply because they l

Anak penagih di hina..

HIDUP saya amat sukar. Sudahlah berbapakan seorang penagih, mak pula sakit. Saya sudah tiga tahun tamat belajar dari sebuah universiti dan sudah bekerja. Namun baru-baru ini saya diberhentikan kerja dengan alasan tidak munasabah. Tambah menyedihkan, saya gagal ujian kerajaan buat kali keenam walaupun sudah berhempas pulas untuk lulus. Saya amat kecewa dengan takdir yang menimpa. Untuk teruskan hidup, saya ambil alih perniagaan emak dengan menjual buah-buahan. Saya berhempas pulas mencari wang untuk membantu keluarga.  Namun pandangan negatif manusia di sekeliling membuatkan saya rasa amat berkecil hati. Dunia ini seolah-olah tidak adil untuk saya. Pada mulanya saya sering menangis dan bersedih, namun saya simpan dalam-dalam agar tidak nampak kekecewaan dan penderitaan yang dialami.  Namun semakin hari saya semakin tertekan dengan konflik diri sendiri. Saya mahukan kerja yang baik agar mempunyai jaminan masa depan yang cerah. Saya ingin membalas jasa ibu yang banyak berkorb

Sakit mental bermula sejak kecil

“SERONOKNYA jadi kanak-kanak, tiada masalah yang perlu difikirkan, pasti tidak tertekan.” Mungkin anda pernah mendengar atau anda sendiri yang meluahkan ayat sebegitu.  Ramai beranggapan, menjadi kanak-kanak sesuatu yang menyeronokkan kerana tidak perlu berfikir mengenai sesuatu yang berat dan hanya bermain dan berseronok. Namun hakikatnya sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi, malah bayi juga tidak terlepas menghadapi masalah sama.  Lebih membimbangkan, jika masalah itu tidak diatasi lebih awal, mereka mungkin mengalami masalah mental apabila dewasa kelak.  Tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak-kanak pelbagai peringkat usia dan tanda ditunjukkan mereka berbeza mengikut usia masing-masing. Mengejutkan apabila hasil kajian dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan ciri gejala sakit mental dapat dilihat pada kanak-kanak seawal di bangku sekolah.  Kajian dilakukan di enam sekolah itu mendapati 17.1 peratus gejala kebimbangan dan 5.2 peratus kemur

Dirogol depan adik, sepupu

WARTAWAN SINAR HARIAN 12 April 2012 PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai. Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa. Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri. “Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik,” katanya. Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu. Sumber itu berkata, mangsa sempat

Al-Fatihah Untuk Adik Nurul Nadirah Abdullah (Dirang)

Image
‘Mak sayang Dirang tak?’ WARTAWAN SINAR HARIAN 14 Mac 2012 PASIR GUDANG - Kehilangan Nurul Nadirah Abdullah (Dirang), yang berusia 5 tahun, 1 Mac lalu sudah terjawab. Kelmarin polis mengesahkan serpihan rangka manusia hangus yang ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu adalah milik Dirang. Lalu, berita malang ini disampaikan kepada ibu Dirang, Roselyn Alan, 25. Sedih, geram segala keruan bergabung mengakibatkan Roseylin pengsan beberapa kali selepas mendapat perkhabaran yang disampaikan polis kepadanya itu. Suasana kesedihan yang membelenggu dan keadaan Roseylin yang tidak mengizinkan, menggagalkan misi wartawan Sinar Harian untuk mendekatinya pada hari tersebut. Tetapi semalam, Roseylin tampil mencurah rasa. Ikuti suara hati ibu muda ini. “Mak sayang Dirang tak?” Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya Dirang? Walau DNA sudah mengesahkan mayat rentung itu anak mak, buah hati mak... mak seperti tidak percaya. Jauh di sudut hati mak masih mengharap itu bukan ma

Sakit jiwa tiada kaitan gangguan hantu, saka..

Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@nstp. com.my Pemahaman keluarga, rawatan betul mampu kurangkan kesan tekanan dialami pesakit mental MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang berhadapan dengan masalah kekacauan mental adalah golongan yang paling terabai dalam dunia. Ini boleh dibuktikan kerana dalam kebanyakan komuniti, penyakit mental tidak diiktiraf sebagai ‘penyakit’ sebaliknya dilihat sebagai kelemahan karakter individu atau hukuman kepada sikap tidak bermoral. Justeru, walaupun mereka sepatutnya menerima rawatan seperti pesakit penyakit lain, mereka tidak menerima rawatan yang betul dan mencukupi. Pencabulan hak asasi kepada golongan ini wujud di mana-mana komuniti di dunia ini termasuk di hospital dan doktor. WHO mendefinisikan masalah mental sebagai ketidakupayaan menangani tekanan normal kehidupan, tidak boleh bekerja secara produktif dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Justeru, ia diiktiraf sebagai penyakit dan berupaya untuk pulih jika m