Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT 2013


Assalamualikum
Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013.
Pembelian Nombor Pin UPU
Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada  7  januari – 15 April 2013. Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti.
Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT
Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf.
Golongan yang boleh memohon
Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nanti adalah untuk lepasan SPM/ sijil/ setaraf dan STPM/ Diploma/ Asasi /setaraf.
Diharapkan gambaran tarikh permohonan ke UPU ke IPT ini memberikan sedikit maklumat dalam perancangan memohon apabila menamatkan peperiksaan Awam masing-masing. Sumber – UPU


Comments

Popular posts from this blog

Teori Kaunseling : Terapi Realiti

Di rogol bergilir-gilir

Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK