Posts

Showing posts from June, 2012

Teori Kaunseling : Terapi Realiti

Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965.  Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology . Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam erti kata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.  Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat. Konsep Utama Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori

Saat diri di uji :')

Image
1)Kenapa aku diuji Ya Allah... Aku kan dah beriman dan taat kepadaMu.. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.  (Surah Al-Ankabut : 2-3) 2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan ? Apa yang aku nak tak dapat, apa yang tidak ku pinta, itulah yang ku dapat ... Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.  (Surah Al-Baqarah : 216) 3) Ya Allah, kadang-kadang aku kecewa Ya Allah... aku ini lemah Ya Allah... Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu

Beban tugas : Guru terdedah risiko penyakit kritikal

Image

Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Para Pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK) kerana sudi untuk menjalankan Sesi Pemerhatian di Klinik Kaunseling Assyafi   bersama Kaunselor kami. Sesi Pemerhatian ini adalah untuk memenuhi sebahagian syarat kursus mereka sebelum pelajar menjalani Praktikum. Mereka telah menemubual Kaunselor Mohamad Fuad Mohd Ali untuk meninjau tugas - tugas dan peranan seorang kaunselor, struktur organisasi, kes - kes yang pernah dikendalikan, aktiviti dan program yang pernah dikendalikan bersama dengan EQ SuTRA Training & Consultancy . Sesi ini adalah sebagai asas pengayaan pengalaman pelajar sebelum mereka menjadi Kaunselor Pelatih pada semester yang akan datang. Pelajar yang terlibat adalah:- Nurul Hayati Suffiatunadia Sharifah Nuraishah Fiona Jueng Freedy anak Mija Kami berharap kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. InshaAllah. Kami mendoaka

How to Get out of a Depression

Image
You're depressed for whatever reason, you're tired of coping, and you want to get out. Getting back on track can often appear impossible, but with the right attitude, you can recover,as long as you know how. However, bear in mind that depression is commonly a symptom of a medical condition, such as mineral deficiencies ( magnesium  deficiency is quite common), hypothyroidism/hyperthyroidism, vitamin deficiencies and more. Chronic overdosing on sugar is now being recognized as a major factor in depression.  If this is the case for you, whatever you try is simply not going to cure your depression except from addressing that condition itself.  If your depression shows no improvement over time, it's very likely caused by a medical condition. Always consult your doctor and do your research online! If you are deficient in vitamins/minerals, a daily multi-vitamin could do miracles with your mood. Have the will to get out . Many people remain depressed simply because they l

Anak penagih di hina..

HIDUP saya amat sukar. Sudahlah berbapakan seorang penagih, mak pula sakit. Saya sudah tiga tahun tamat belajar dari sebuah universiti dan sudah bekerja. Namun baru-baru ini saya diberhentikan kerja dengan alasan tidak munasabah. Tambah menyedihkan, saya gagal ujian kerajaan buat kali keenam walaupun sudah berhempas pulas untuk lulus. Saya amat kecewa dengan takdir yang menimpa. Untuk teruskan hidup, saya ambil alih perniagaan emak dengan menjual buah-buahan. Saya berhempas pulas mencari wang untuk membantu keluarga.  Namun pandangan negatif manusia di sekeliling membuatkan saya rasa amat berkecil hati. Dunia ini seolah-olah tidak adil untuk saya. Pada mulanya saya sering menangis dan bersedih, namun saya simpan dalam-dalam agar tidak nampak kekecewaan dan penderitaan yang dialami.  Namun semakin hari saya semakin tertekan dengan konflik diri sendiri. Saya mahukan kerja yang baik agar mempunyai jaminan masa depan yang cerah. Saya ingin membalas jasa ibu yang banyak berkorb

Sakit mental bermula sejak kecil

“SERONOKNYA jadi kanak-kanak, tiada masalah yang perlu difikirkan, pasti tidak tertekan.” Mungkin anda pernah mendengar atau anda sendiri yang meluahkan ayat sebegitu.  Ramai beranggapan, menjadi kanak-kanak sesuatu yang menyeronokkan kerana tidak perlu berfikir mengenai sesuatu yang berat dan hanya bermain dan berseronok. Namun hakikatnya sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi, malah bayi juga tidak terlepas menghadapi masalah sama.  Lebih membimbangkan, jika masalah itu tidak diatasi lebih awal, mereka mungkin mengalami masalah mental apabila dewasa kelak.  Tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak-kanak pelbagai peringkat usia dan tanda ditunjukkan mereka berbeza mengikut usia masing-masing. Mengejutkan apabila hasil kajian dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan ciri gejala sakit mental dapat dilihat pada kanak-kanak seawal di bangku sekolah.  Kajian dilakukan di enam sekolah itu mendapati 17.1 peratus gejala kebimbangan dan 5.2 peratus kemur