Soal Jawab (Q&A)

Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda.

Rujukan:
QQuestion (Soalan)
A : Answer (Jawapan)

Q : Adakah Klinik Kaunseling Assyafi mempunyai Panel Kaunselor yang berdaftar? 
A : Ya.

Q : Adakah Panel Kaunselor telah di tauliahkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia?
A : Ya. Semua kaunselor yang ingin menjalankan sesi kaunseling perlu mempunyai lesen perakuan amalan kaunseling yang telah di tauliahkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.

Q : Di manakah terletaknya Klinik Kaunseling Assyafi?
A : Kami terletak di Bandar Saujana Utama, Sg. Buloh. 20 minit dari Bkt. Jelutong Shah Alam. 10 minit dari UiTM Puncak Alam (Bandar Puncak Alam), 40 minit dari Tol Jalan Duta/ Damansara Utama.

: Jika saya sudah tiba di Bandar Saujana Utama, bagaimanakah arah perjalanan saya?
A : Anda perlu melalui jalan utama. Pejabat Urusan kami bersebelahan dengan KFC Saujana Utama, di atas Bangunan Watson dan berhampiran Kedai Eco-Shop.

: Adakah klien perlu membayar sebarang yuran untuk mengadakan sesi kaunseling?
Berapakah bayarannya?
A : Ya, Yurannya adalah sebanyak RM 100/ sejam. Untuk menampung kos operasi dan perkhidmatan.

Q : Jika sesi dijalankan seramai 5 orang, adakah bayaran dikira per head?
A : Tidak. Kadar bayaran masih mengikut waktu sesi berlansung.

Q : Adakah bayaran dibuat ini berpatutan dan munasabah untuk saya?
A : Ya. Kerana terdapat banyak kes yang dapat diselesaikan oleh klien kami sebelum ini. Kami juga menyediakan fasiliti bilik yang selesa, berhawa dingin dan air mineral (jika ada stok)

Q : Berapa lamakah sesi kaunseling akan berlansung? Adakah wajib untuk mengadakan sesi ulangan?
A : Ianya bergantung kepada Isu yang dibawa oleh klien. Sesi ulangan juga bergantung kepada keperluan klien.

Q : Apakah jenis sesi kaunseling yang ditawarkan?
A : Sesi kaunseling boleh dijalankan samada secara Individu atau Kelompok.

Q : Jika saya suka bersendirian dan tidak suka bergaul, adakah itu tanda kemurungan? Adakah saya perlu mendapatkan rawatan sesi?
A : Ya. Ia juga salah satu tanda kemurungan. Anda perlu mendapatkan rawatan yang sesuai agar anda merasa lebih tenang dan lebih positif.

Q : Jika saya seorang pelajar lepasan SPM dan memerlukan khidmat nasihat berkenaan minat dan kerjaya, bolehkah saya mendapatkan khidmat nasihat?
A : Ya. Sudah tentu boleh. Kita akan berkongsi untuk meneroka potensi diri samada adik perlu menyambung pelajaran didalam bidang sijil kemahiran, diploma, foundation (asasi), matrikulasi dan sebagainya.

Q : Jika saya klien dari luar daerah dan memerlukan tempat tinggal, adakah pihak Tuan menyediakannya?
A : Tidak, kami tidak menyediakan tempat tinggal. Tetapi, klien boleh mencari alternatif penginapan seperti homestay/ hotel bajet yang berdekatan.

Q :
A :

Akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Comments

Popular posts from this blog

Teori Kaunseling : Terapi Realiti

Di rogol bergilir-gilir

Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK