Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology . Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam erti kata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran. Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat. Konsep Utama Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teo...
Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu. Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu. Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik. Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan. “Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka. “Tidak banyak yang da...
Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal), yang akan bermula September ini. Naib Canselornya, Prof Dr Md Amin Md Taff berkata, program itu adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan oleh universiti negara ini. Menurutnya, program kendalian Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Manusia itu langkah tepat dalam mengembangkan program berkaitan permasalahan semasa yang melanda masyarakat negara ini. "Program itu juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran amalan kaunseling bagi memenuhi keperluan serta permasalahan semasa sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan mental masyarakat yang kini dilanda Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Marzita Puteh berkata, pihaknya menyahut hasrat Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan universiti ke arah pengantarabangsaan melalui pengiktirafan yang diperoleh daripa...
Comments
Post a Comment