Posts

Showing posts from 2023

UPSI perkenal program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal)

Image
Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal), yang akan bermula September ini. ​Naib Canselornya, Prof Dr Md Amin Md Taff berkata, program itu adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan oleh universiti negara ini. Menurutnya, program kendalian Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Manusia itu langkah tepat dalam mengembangkan program berkaitan permasalahan semasa yang melanda masyarakat negara ini. "Program itu juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran amalan kaunseling bagi memenuhi keperluan serta permasalahan semasa sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan mental masyarakat yang kini dilanda Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Marzita Puteh berkata, pihaknya menyahut hasrat Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan universiti ke arah pengantarabangsaan melalui pengiktirafan yang diperoleh daripa