Posts

Showing posts from August, 2012

Menerima kunjungan Dr. Suzyanna

Image
Bismillah... Alhamdulillah, pada 5 ogos 2012 yang lalu Allah takdirkan jua pertemuan antara kami. Terima kasih tak terhingga kepada Dr.Suzyanna Othman yang memilih kami,  Klinik Kaunseling Assyafi sebagai tempat rujukan dan kajian mengenai cara dan teknik pengendalian sesi kaunseling. Pertemuan ini adalah sebahagian daripada kajian kes yang perlu dilakukan oleh beliau sebagai pelajar Diploma Eksekutif Kaunseling, Universiti Malaya. Fokus utama pertemuan ini sudah tentu mengenai kaunseling. Ianya sebagai perkongsian pengalaman di antara kaunselor, Tuan Hj Zailan Wagimin dan Dr. Suzyanna. Biarpun Dr. Suzyanna daripada aliran perubatan semasa Ijazah pertamanya, namun, minat yang mendalam, keinginan dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Ilmu psikologi dan Kaunseling ini membawa beliau untuk terus belajar di bidang kaunseling. Beberapa teknik kaunseling yang telah kaunselor kami kongsikan bersama beliau. Antaranya teknik biasa yang digunakan adalah daripada teori yang telah

Bila berpeluang berdakwah, Usah sesekali abaikannya...

Image
Daripada Aisyah r.ha, Nabi s.a.w bersabda:  "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara" Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berusaha menunaikan HAJAT saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesalahan yang menimpa seseorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukkan seseorang Muslim, Allah akan menutup keburukkannya pada hari kiamat" (Riwayat Bukhari & Muslim)