Menerima kunjungan Dr. Suzyanna
Bismillah...
Alhamdulillah, pada 5 ogos 2012 yang lalu Allah takdirkan jua pertemuan antara kami. Terima kasih tak terhingga kepada Dr.Suzyanna Othman yang memilih kami, Klinik Kaunseling Assyafi sebagai tempat rujukan dan kajian mengenai cara dan teknik pengendalian sesi kaunseling.


Namun, teknik Bubble Theory yang dihasilkan melalui kajian dan pengalaman Hj Zailan antara teknik yang berjaya menarik perhatian beliau. Ianya sangat berkait rapat dengan isu-isu kehidupan manusia kini. Jadi, ianya sebagai satu teknik yang dapat memudahkan kaunselor melakukan sesi kaunseling. Kami juga sedang mengemaskini dan mengumpul bahan-bahan kajian terbaru agar teknik ini dapat di bukukan serta dikongsikan dengan semua kaunselor, ibubapa, guru dan masyarakat awam umumnya. Kami juga sedang meneliti dan menyusun jadual agar memudahkan kami untuk mengadakan bengkel-bengkel berkaitan ilmu psikologi dan kaunseling di sini.
![]() |
Dri kiri : Dr. Suzyanna, Pak Engku, Hj. Zailan |
Kemaskini oleh,
Mohd Alliph Hj Maryani
Comments
Post a Comment