Posts

Showing posts from December, 2012

Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT 2013

Assalamualikum Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013. Pembelian Nombor Pin UPU Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada   7  januari – 15 April 2013 . Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti. Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf. Golongan yang boleh memohon Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nanti adalah