Posts

UPSI perkenal program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal)

Image
Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal), yang akan bermula September ini. ​Naib Canselornya, Prof Dr Md Amin Md Taff berkata, program itu adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan oleh universiti negara ini. Menurutnya, program kendalian Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Manusia itu langkah tepat dalam mengembangkan program berkaitan permasalahan semasa yang melanda masyarakat negara ini. "Program itu juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran amalan kaunseling bagi memenuhi keperluan serta permasalahan semasa sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan mental masyarakat yang kini dilanda Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Marzita Puteh berkata, pihaknya menyahut hasrat Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan universiti ke arah pengantarabangsaan melalui pengiktirafan yang diperoleh daripa

Di rogol bergilir-gilir

Image
Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu. Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu. Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik. Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan. “Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka. “Tidak banyak yang da

Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT 2013

Assalamualikum Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013. Pembelian Nombor Pin UPU Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada   7  januari – 15 April 2013 . Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti. Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf. Golongan yang boleh memohon Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nanti adalah

Hari 'Asyura

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah SAW telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamatnya Musa dan pengikutnya. (9) Lemasnya Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa ke langit. (12) Diangkat Nabi Idris ke langit. (13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di

Bila cinta di dusta

Image
Assalamualaikum Bila minda tidak mampu berfikiran rasional & emosi buruk yang mengawal perilaku manusia,   Maka.... Manusia hilang arah & pedoman untuk mencari CINTA yang Maha Esa. #Sila jaga wanita yang menjadi tanggungjawab anda. #Sharing, Caring, Loving #Kredit: Oh!Media

Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM

Assalamualaikum. Alhamdulillah, Akhirnya Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM dapat dilansungkan dengan Jayanya pada 23/09/2012 di Klinik Kaunseling Assyafi. Program kali ini berbentuk Kelompok dan memfokuskan pada keperluan pelajar selepas PMR dan SPM nanti. Kami hanya mengehadkan peserta seramai 10 orang sahaja. Antara slot yang dikongsikan dengan pelajar adalah membangunkan potensi diri dan mencungkil kemahiran yang mereka sendiri tidak tahu. Didalam modul ini, pelajar membuat Analisis diri berdasarkan Inventori yang diberi.  Alhamdulillah, kesemua mereka sangat berpuas hati kerana sudah jelas Halatuju mereka selepas ini. Jika mereka seorang pelajar yang bersifat Realistik, maka mungkin halatuju mereka ke arah Pembelajaran cara Vokasional (Bekerja dengan Alatan). Disamping itu, kami kongsikan dengan contoh-contoh Usahawan yang berjaya dalam Bidang Kemahiran. Selepas PMR mereka akan mudah membuat Pilihan samada ke Kolej Vokasional atau Aliran Akademik (Sastera ata

Menerima kunjungan Dr. Suzyanna

Image
Bismillah... Alhamdulillah, pada 5 ogos 2012 yang lalu Allah takdirkan jua pertemuan antara kami. Terima kasih tak terhingga kepada Dr.Suzyanna Othman yang memilih kami,  Klinik Kaunseling Assyafi sebagai tempat rujukan dan kajian mengenai cara dan teknik pengendalian sesi kaunseling. Pertemuan ini adalah sebahagian daripada kajian kes yang perlu dilakukan oleh beliau sebagai pelajar Diploma Eksekutif Kaunseling, Universiti Malaya. Fokus utama pertemuan ini sudah tentu mengenai kaunseling. Ianya sebagai perkongsian pengalaman di antara kaunselor, Tuan Hj Zailan Wagimin dan Dr. Suzyanna. Biarpun Dr. Suzyanna daripada aliran perubatan semasa Ijazah pertamanya, namun, minat yang mendalam, keinginan dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Ilmu psikologi dan Kaunseling ini membawa beliau untuk terus belajar di bidang kaunseling. Beberapa teknik kaunseling yang telah kaunselor kami kongsikan bersama beliau. Antaranya teknik biasa yang digunakan adalah daripada teori yang telah