Perkhidmatan

1) Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling merupakan satu proses untuk membina perhubungan di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berdasarkan etika kaunseling.

Terdapat tiga aspek perkhidmatan yang disediakan seperti berikut :
1. Memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok. 
2. Memberi perkhidmatan kaunseling secara sukarela atau dirujuk.
3. Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak berkenaan atau atas permintaan klien.

Jenis Kaunseling :

1. Kaunseling Individu 
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri.
2. Kaunseling Kelompok 
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.
3. Kaunseling Keluarga 
Kaunseling Keluarga ialah yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga.

2) Perkhidmatan Konsultansi
Perkhidmatan konsultansi meliputi perkhidmatan untuk mengendalikan progam - program pembangunan melibatkan aktiviti/ maklumat/ perkongsian mengenai Ilmu psikologi, Bimbingan & kaunseling. Pelbagai pakej modul yang kami sediakan kepada para pelanggan. Antaranya:-

Pelajar
Tahap 1 (10 - 12 Tahun)
Tahap 2 (13 - 15 Tahun)
Tahap 3 (15 - 17 Tahun)
Tahap 4 (18 - 23 Tahun)

Pekerja
Tahap 1 (Bukan Eksekutif)
Tahap 2 (Eksekutif Baru)
Tahap 3 (Eksekutif/ Pengurus)
Tahap 4 (Persaraan)

Comments

Popular posts from this blog

Teori Kaunseling : Terapi Realiti

Di rogol bergilir-gilir

Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK