Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK
Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Para Pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK) kerana sudi untuk menjalankan Sesi Pemerhatian di Klinik Kaunseling Assyafi bersama Kaunselor kami.
Sesi Pemerhatian ini adalah untuk memenuhi sebahagian syarat kursus mereka sebelum pelajar menjalani Praktikum. Mereka telah menemubual Kaunselor Mohamad Fuad Mohd Ali untuk meninjau tugas - tugas dan peranan seorang kaunselor, struktur organisasi, kes - kes yang pernah dikendalikan, aktiviti dan program yang pernah dikendalikan bersama dengan EQ SuTRA Training & Consultancy.
Sesi ini adalah sebagai asas pengayaan pengalaman pelajar sebelum mereka menjadi Kaunselor Pelatih pada semester yang akan datang. Pelajar yang terlibat adalah:-
Kami berharap kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. InshaAllah. Kami mendoakan para pelajar dapat menyempurnakan tugas dan peranan sebagai Kaunselor dengan baik.
Comments
Post a Comment