Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Akhirnya Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM dapat dilansungkan dengan Jayanya pada 23/09/2012 di Klinik Kaunseling Assyafi. Program kali ini berbentuk Kelompok dan memfokuskan pada keperluan pelajar selepas PMR dan SPM nanti. Kami hanya mengehadkan peserta seramai 10 orang sahaja.

Antara slot yang dikongsikan dengan pelajar adalah membangunkan potensi diri dan mencungkil kemahiran yang mereka sendiri tidak tahu. Didalam modul ini, pelajar membuat Analisis diri berdasarkan Inventori yang diberi. 

Alhamdulillah, kesemua mereka sangat berpuas hati kerana sudah jelas Halatuju mereka selepas ini. Jika mereka seorang pelajar yang bersifat Realistik, maka mungkin halatuju mereka ke arah Pembelajaran cara Vokasional (Bekerja dengan Alatan). Disamping itu, kami kongsikan dengan contoh-contoh Usahawan yang berjaya dalam Bidang Kemahiran. Selepas PMR mereka akan mudah membuat Pilihan samada ke Kolej Vokasional atau Aliran Akademik (Sastera atau Sains)

Bagi pelajar SPM juga begitu, mereka yang kurang kelayakan dalam bidang Akademik, kami cadangkan untuk melanjutkan pelajaran ke bidang Kemahiran Vokasional yang mempunyai ruang dan peluang yang besar dalam bidang keusahawanan. 

Comments

Popular posts from this blog

Teori Kaunseling : Terapi Realiti

Di rogol bergilir-gilir

Sesi Pemerhatian dari Pelajar UniRAZAK