Sejuta rakyat Malaysia alami kemurungan - NHMS

PUTRAJAYA - Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan hari ini. NHMS 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan itu yang dilaksana bagi mengumpul maklumat kesihatan dan prevalens dalam kalangan penduduk negara ini, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini. Menurut dapatan utama NHMS 2023 bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023. "Hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri,” menurut laporan itu. Selain itu, NHMS 2023 turut mendedahkan satu daripada enam kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental, dan beban masalah kesihatan mental dilapor meningkat dua kali ganda sejak 2019. Antara faktor masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak...