Posts

Showing posts from 2024

Remaja : Cara paling pantas nak faham ketika belajar.

Image
Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran melibatkan motif dan strategi tertentu. 'Faktor kegagalan mencapai skor yang baik adalah disebebkan masalah dalam kaedah pembelajaran' (Hewit,1973). 'Teknik belajar yang berkesan mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang, disiplin yang tinggi dan mewujudkan sikap positif. (Dunn dan Dunn, 1992) Kemahiran Belajar dan Akademik. Perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik di samping motivasi dalaman yang tinggi terbukti meningkatkan pencapaian dalam akademik. Hal ini menunjukkan kemahiran belajar mempunyai kolerasi terhadap pencapaian akademik. Kenapa harus mahir 5 domain? Perbezaan individu menghasilkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran serta minat dan kecenderungan seseorang. Justeru, diharapkan melalui tajuk ini, ia dapat menjadi satu penambahbaikan gaya dan pendekatan kemahiran belajar yang bersesuaian dengan perkembangan dan persekitaran diri seorang murid. Perkara penting dalam pembelajaran adalah deng...

Sejuta rakyat Malaysia alami kemurungan - NHMS

Image
PUTRAJAYA - Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan hari ini. NHMS 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan itu yang dilaksana bagi mengumpul maklumat kesihatan dan prevalens dalam kalangan penduduk negara ini, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini. Menurut dapatan utama NHMS 2023 bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023. "Hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri,” menurut laporan itu. Selain itu, NHMS 2023 turut mendedahkan satu daripada enam kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental, dan beban masalah kesihatan mental dilapor meningkat dua kali ganda sejak 2019. Antara faktor masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak...

Sakit Mental bukan Gila.

Image
  Kesihatan mental merujuk kepada keadaan emosi, psikologi, dan sosial seseorang yang mempengaruhi bagaimana individu berfikir, merasa, bertindak, dan berinteraksi dengan orang lain. Kesihatan mental adalah aspek penting dalam keseluruhan kesejahteraan seseorang dan memainkan peranan yang krusial dalam kehidupan harian. Berikut adalah beberapa komponen penting dalam kesihatan mental: Keseimbangan Emosi : Keseimbangan emosi melibatkan kesanggupan untuk mengenali, memahami, dan menguruskan emosi dengan berkesan. Individu yang dapat menguruskan emosi mereka dengan baik cenderung lebih stabil secara mental.   Kemampuan Mengatasi Stres : Kemampuan untuk mengatasi stres adalah faktor penting dalam kesihatan mental. Kemahiran mengendalikan tekanan dan stres sehari-hari dapat membantu individu untuk menjaga keseimbangan emosi dan psikologi mereka. Kesejahteraan Psikologi : Kesejahteraan psikologi merangkumi keadaan kesedaran diri, kebolehan berinteraksi dengan orang lain, kemampu...