Posts

Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT 2013

Assalamualikum Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013. Pembelian Nombor Pin UPU Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada   7  januari – 15 April 2013 . Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti. Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf. Golongan yang boleh memohon Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nant...

Hari 'Asyura

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah SAW telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut: (1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. (2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. (3) Dicipta Adam a.s. (4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. (5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. (6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. (8) Selamatnya Musa dan pengikutnya. (9) Lemasnya Firaun. (10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. (11) Diangkat Nabi Isa ke langit. (12) Diangkat Nabi Idris ke langit. (13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di ...

Bila cinta di dusta

Image
Assalamualaikum Bila minda tidak mampu berfikiran rasional & emosi buruk yang mengawal perilaku manusia,   Maka.... Manusia hilang arah & pedoman untuk mencari CINTA yang Maha Esa. #Sila jaga wanita yang menjadi tanggungjawab anda. #Sharing, Caring, Loving #Kredit: Oh!Media

Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM

Assalamualaikum. Alhamdulillah, Akhirnya Program Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM dapat dilansungkan dengan Jayanya pada 23/09/2012 di Klinik Kaunseling Assyafi. Program kali ini berbentuk Kelompok dan memfokuskan pada keperluan pelajar selepas PMR dan SPM nanti. Kami hanya mengehadkan peserta seramai 10 orang sahaja. Antara slot yang dikongsikan dengan pelajar adalah membangunkan potensi diri dan mencungkil kemahiran yang mereka sendiri tidak tahu. Didalam modul ini, pelajar membuat Analisis diri berdasarkan Inventori yang diberi.  Alhamdulillah, kesemua mereka sangat berpuas hati kerana sudah jelas Halatuju mereka selepas ini. Jika mereka seorang pelajar yang bersifat Realistik, maka mungkin halatuju mereka ke arah Pembelajaran cara Vokasional (Bekerja dengan Alatan). Disamping itu, kami kongsikan dengan contoh-contoh Usahawan yang berjaya dalam Bidang Kemahiran. Selepas PMR mereka akan mudah membuat Pilihan samada ke Kolej Vokasional atau Aliran Akademik (Sastera...

Menerima kunjungan Dr. Suzyanna

Image
Bismillah... Alhamdulillah, pada 5 ogos 2012 yang lalu Allah takdirkan jua pertemuan antara kami. Terima kasih tak terhingga kepada Dr.Suzyanna Othman yang memilih kami,  Klinik Kaunseling Assyafi sebagai tempat rujukan dan kajian mengenai cara dan teknik pengendalian sesi kaunseling. Pertemuan ini adalah sebahagian daripada kajian kes yang perlu dilakukan oleh beliau sebagai pelajar Diploma Eksekutif Kaunseling, Universiti Malaya. Fokus utama pertemuan ini sudah tentu mengenai kaunseling. Ianya sebagai perkongsian pengalaman di antara kaunselor, Tuan Hj Zailan Wagimin dan Dr. Suzyanna. Biarpun Dr. Suzyanna daripada aliran perubatan semasa Ijazah pertamanya, namun, minat yang mendalam, keinginan dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Ilmu psikologi dan Kaunseling ini membawa beliau untuk terus belajar di bidang kaunseling. Beberapa teknik kaunseling yang telah kaunselor kami kongsikan bersama beliau. Antaranya teknik biasa yang digunakan adalah daripada teo...

Bila berpeluang berdakwah, Usah sesekali abaikannya...

Image
Daripada Aisyah r.ha, Nabi s.a.w bersabda:  "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara" Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berusaha menunaikan HAJAT saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesalahan yang menimpa seseorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukkan seseorang Muslim, Allah akan menutup keburukkannya pada hari kiamat" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Bicara Kaunselor - Perkahwinan itu Indah

Image
Single itu Indah, Nikah itu Barokah ^_^" Ada dikalangan kita cepat jodohnya. Ada pula sangat lambat jodohnya. Namun, adakalanya ajal pula menjemputnya dahulu. Tetapi, Allah tetap menyediakan jodohnya di Alam Akhirat.  Cinta itu memang indah. Yang merosakkannya adalah manusia yang tidak bijak menghargai Cinta tatkala Cinta itu hadir. Lihatlah Cinta dalam Hati pasangan kita :) Soseh-soseh : Orang yang belum kahwin kata: "Bila agaknya aku nak kahwin ni?" (O.o) Orang yang dah bertunang   kata : "Hmm... Dah tak lama lagi ni......" (nak kahwin) (^_^) Orang yang baru berkahwin  kata : "Ruginya aku tak kahwin awal-awal dulu". (-_-") Orang yang dah setahun kahwin  kata : "Bila nak dapat baby ni?". Isteri menyampuk: "Nak gegirl" LOL. Isteri yang dah dapat baby kata : "Huh! Cukuplah.. tak tahan mengandung." (Tahu-tahu je tahun depan ada baby baru lagi. :) -------->>>> "Dan ...