Posts

What is Mental Health ?

Mental health is something we all need . It is a feeling of well-being, happiness, the ability to cope with life’s challenges, to accept others and most of all, to have a positive attitude towards oneself . Mentally healthy people trust others and enjoy being part of a group as well as being on their own. For them, life is meaningful. However, there is no line that neatly divides the mentally healthy from the unhealthy. There are many degrees of mental health. No single characteristics can be taken as evidence of good mental health and nobody has all the traits of good mental health all the time. Mental health includes:   How you feel about yourself  How you feel about other people How you are able to handle the demands of life  One way of describing mental health is to describe mentally healthy people. Some characteristics of mentally healthy people: They fell good about themselves and… Are able to deal with most situations. Are able to take pleasure in s...

Wanita yang didampingi lelaki

Image
Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian. Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran. Al-Quran menyebut: “Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-pua...

Doa khusus untuk Ibubapa kita :)

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah.. Rahmatilah kedua ibubapa kami, dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu. Ya Allah, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka. Ya Allah. Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh dan solehah, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat. Allahu...

JAKIM - Faktor perceraian

Image
PENDEDAHAN Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi kajian yang dibuat pada 2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam usia perkahwinan 10 tahun ke bawah. Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian. Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan. Di negara kita,  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita supaya tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya. Namun, melihat keadaan semasa di negara kita pada masa kini, mungkin tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk memb...

Isu cerai: Jabatan agama buntu

Image
Oleh ROSALINDA SAID pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pihak berkuasa agama seakan-akan sudah buntu untuk menyelesaikan masalah perceraian di kalangan pasangan Islam yang semakin meningkat kebelakangan ini. Mereka mengakui tiada lagi jalan keluar bagi mengatasi isu itu sekiranya pasangan berkenaan sendiri gagal mengubah sikap dan keburukan diri masing-masing. Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman berkata, pendekatan jabatan agama ketika ini sudah mencapai tahap maksimum kerana ia merangkumi segala aspek daripada praperkahwinan hingga proses perceraian. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) giat melaksanakan kursus serta program berkaitan praperkahwinan dan pasca perkahwinan. "Tidak cukup dengan itu, pihak jabatan agama juga menawarkan khidmat nasihat dan runding cara keluarga yang seiring dengan keadaan semasa buat pasangan yang berdepan konflik. "Di Jabatan Agama Islam ...

Minda: Masalah sosial resahkan ibu bapa

SETIAP ibu bapa dan guru menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa menghadapi cabaran semasa anak-anak berada di rumah pada Sabtu dan Ahad serta pada masa cuti sekolah. Manakala guru menghadapi masalah dalam pendidikan ketika murid atau pelajar berada di sekolah. Cabaran gejala sosial di luar sangat membimbangkan malah menakutkan semua ibu bapa dan guru.  Begitu juga pemimpin masyarakat yang berperanan membanteras gejala sosial. Pelbagai berita yang memaparkan gejala sosial di kalangan remaja meresahkan ibu bapa ahli masyarakat. Jika membaca apa yang disajikan Harian Metro, keadaannya sungguh menakutkan. Antaranya pada 10 November lalu memaparkan, “Remaja 16 tahun mengaku bersetubuh”, “Lari berbogel; lelaki masuk semak ketika diserbu bersama pasangan dalam kereta”, “Pelajar tingkatan 4 lahirkan anak” dan “Remaja lari rumah dicekup berkesedudukan, tak endah teguran ibu bapa”. Tajuk berita itu seharusnya menjadi renungan setiap ibu bapa, pemimpin masyarakat d...

Putus kasih boleh bawa masalah mental

IPOH: “Putus cinta sebenarnya bukan masalah serius, namun jika seseorang itu gagal menanganinya dengan betul dikhuatiri ia boleh menyumbang kepada masalah mental,” kata Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabai’ah Mohd Salleh. Menurutnya, pelbagai simpton dikesan selepas seseorang putus cinta termasuk   kemurungan teruk, gangguan emosi, halusinasi, kurang selera makan dan insomnia. Dr Rabai’ah berkata, pihak hospital akan mengesyorkan beberapa program rawatan kepada pesakit termasuk khidmat kaunseling dan rawatan perubatan. “Buat permulaan, kami akan meneliti masalah dihadapi pesakit sebelum menawarkan khidmat kaunseling. Bagaimanapun, jika ia mencapai tahap serius kami akan mengesyorkan rawatan perubatan,” katanya yang dihubungi di sini semalam. Katanya,   masalah kemurungan melampau dan berterusan boleh menyumbang kepada penyakit psikosis iaitu masalah berkaitan mental. Dr Rabai’ah mengakui pihaknya menerima banyak kes kemurungan dan tekanan perasaan di hospital b...