Posts

Anak saya mula murung?

Image
  Anak yang mengalami kemurungan dan suka menyendiri memang memerlukan perhatian yang serius. Membawa anak ke kaunselor adalah langkah yang sangat disarankan. Kaunselor profesional dapat membantu anak anda untuk meluahkan perasaan mereka dalam persekitaran yang selamat dan tidak menghakimi, serta mengajar mereka cara-cara untuk mengatasi emosi negatif. Berikut adalah 5 tip untuk anda hadapi situasi ini: 1. Jalin Komunikasi Terbuka dan Jujur Duduk dan berbual dengan anak anda. Nyatakan keprihatinan anda dengan cara yang lembut dan tidak menuduh. Cuba fahami apa yang mereka rasa tanpa membuat andaian. Contohnya, "Ayah/ibu perasan kebelakangan ni kamu nampak sedih dan lebih suka bersendirian. Boleh kongsi dengan ayah/ibu apa yang kamu rasa?" Berikan ruang untuk mereka bercakap tanpa dipotong atau dihakimi. 2. Tunjukkan Kasih Sayang dan Sokongan Tanpa Syarat Anak yang murung seringkali merasa tidak disayangi atau tidak difahami. Pastikan anda menunjukkan kasih sayang dan sokongan...

Remaja : Cara paling pantas nak faham ketika belajar.

Image
Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran melibatkan motif dan strategi tertentu. 'Faktor kegagalan mencapai skor yang baik adalah disebebkan masalah dalam kaedah pembelajaran' (Hewit,1973). 'Teknik belajar yang berkesan mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang, disiplin yang tinggi dan mewujudkan sikap positif. (Dunn dan Dunn, 1992) Kemahiran Belajar dan Akademik. Perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik di samping motivasi dalaman yang tinggi terbukti meningkatkan pencapaian dalam akademik. Hal ini menunjukkan kemahiran belajar mempunyai kolerasi terhadap pencapaian akademik. Kenapa harus mahir 5 domain? Perbezaan individu menghasilkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran serta minat dan kecenderungan seseorang. Justeru, diharapkan melalui tajuk ini, ia dapat menjadi satu penambahbaikan gaya dan pendekatan kemahiran belajar yang bersesuaian dengan perkembangan dan persekitaran diri seorang murid. Perkara penting dalam pembelajaran adalah deng...

Sejuta rakyat Malaysia alami kemurungan - NHMS

Image
PUTRAJAYA - Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan hari ini. NHMS 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan itu yang dilaksana bagi mengumpul maklumat kesihatan dan prevalens dalam kalangan penduduk negara ini, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini. Menurut dapatan utama NHMS 2023 bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023. "Hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri,” menurut laporan itu. Selain itu, NHMS 2023 turut mendedahkan satu daripada enam kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental, dan beban masalah kesihatan mental dilapor meningkat dua kali ganda sejak 2019. Antara faktor masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak...

Sakit Mental bukan Gila.

Image
  Kesihatan mental merujuk kepada keadaan emosi, psikologi, dan sosial seseorang yang mempengaruhi bagaimana individu berfikir, merasa, bertindak, dan berinteraksi dengan orang lain. Kesihatan mental adalah aspek penting dalam keseluruhan kesejahteraan seseorang dan memainkan peranan yang krusial dalam kehidupan harian. Berikut adalah beberapa komponen penting dalam kesihatan mental: Keseimbangan Emosi : Keseimbangan emosi melibatkan kesanggupan untuk mengenali, memahami, dan menguruskan emosi dengan berkesan. Individu yang dapat menguruskan emosi mereka dengan baik cenderung lebih stabil secara mental.   Kemampuan Mengatasi Stres : Kemampuan untuk mengatasi stres adalah faktor penting dalam kesihatan mental. Kemahiran mengendalikan tekanan dan stres sehari-hari dapat membantu individu untuk menjaga keseimbangan emosi dan psikologi mereka. Kesejahteraan Psikologi : Kesejahteraan psikologi merangkumi keadaan kesedaran diri, kebolehan berinteraksi dengan orang lain, kemampu...

UPSI perkenal program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal)

Image
Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program Sarjana Kaunseling (Kesihatan Mental Klinikal), yang akan bermula September ini. ​Naib Canselornya, Prof Dr Md Amin Md Taff berkata, program itu adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan oleh universiti negara ini. Menurutnya, program kendalian Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Manusia itu langkah tepat dalam mengembangkan program berkaitan permasalahan semasa yang melanda masyarakat negara ini. "Program itu juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran amalan kaunseling bagi memenuhi keperluan serta permasalahan semasa sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan mental masyarakat yang kini dilanda Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Marzita Puteh berkata, pihaknya menyahut hasrat Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan universiti ke arah pengantarabangsaan melalui pengiktirafan yang diperoleh daripa...

Di rogol bergilir-gilir

Image
Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu. Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu. Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik. Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan. “Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka. “Tidak banyak yang da...

Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT 2013

Assalamualikum Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013. Pembelian Nombor Pin UPU Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada   7  januari – 15 April 2013 . Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti. Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf. Golongan yang boleh memohon Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nant...